PENYEDIAAN SURAT RASMI DAN KERTAS CADANGAN
Kemahiran menulis surat rasmi dan kertas cadangan sangat penting bagi setiap kakitangan. Ramai kakitangan yang mengambil mudah mengenai kepentingan penyediaan dokumen ini, wal hal, penulisan yang berkualiti mampu memberi impak yang positif kepada sesebuah jabatan.
Alhamdulillah, selama dua hari pihak IPDAS telah menjalankan "Kursus Penyediaan Surat Rasmi dan Kertas Cadangan" dan ianya berlangsung dengan jayanya.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih buat Puan Siti Razmah Binti Idris, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah (JAWI) selaku penceramah jemputan bagi kursus ini.
Kursus ini lebih tertumpu dengan latihan amali bagi memastikan setiap peserta mudah faham dan dapat mengaplikasikan ilmu yang disampaikan.
Oleh itu, dengan adanya kursus ini, peserta dapat didedahkan dengan cara penggunaan format dan tatabahasa yang betul dalam penyediaan dokumen terutamanya dalam penulisan surat rasmi dan kertas cadangan.