Satu lawatan kerja dan kunjung hormat daripada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Labuan yang diketuai oleh Dr. Ahmad Zaky bin Md Ali @ Tahir, Timbalan Pengarah dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Labuan.
Salah satu tujuan kunjungan ini adalah untuk meninjau perkembangan studio IPDAS Keningau di samping berkongsi pengalaman dan seterusnya mempelajari proses live streaming serta teknikal belakang tabir yang dilakukan oleh team ICT ketika satu program dijalankan di studio IPDAS.
Semoga dengan lawatan ini dapat meningkatkan ukhuwah di antara IPDAS dan Jabatan Mufti.