Alhamdulillah, Bengkel Pengajaran dan Pembelajaran Andragogi yang diadakan selama tiga hari berturut-turut bertempat di ILIM Kundasang dan melibatkan tenaga pengajar IPDAS Kampus Kudat telah selesai. Bengkel ini juga dirasmikan oleh YBhg. Pengarah IPDAS, Ustaz Mohamad Zamri Bin Mohamed Shapik.
Ribuan terima kasih pihak IPDAS ucapkan kepada barisan urus setia dan semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung kerana telah bersama-sama menjayakan bengkel ini.
Semoga kita semua akan mendapat manfaat hasil daripada program.