Alhamdulillah selama tiga hari berturut-turut Bengkel Semakan Peraturan IPDAS telah berjaya dijalankan. Bengkel ini diadakan secara dalam talian antara IPDAS & UITM Sepanggar bermula pada 9 hingga 11 Februari 2021 (Selasa-Khamis).
Tujuan bengkel ini dijalankan adalah untuk menyemak dan memurnikan semula Peraturan Induk, Peraturan Pembangunan Mahasiswa dan Peraturan Akademik yang sedia ada.
Terima kasih diucapkan atas kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh rakan-rakan khususnya kepada Tuan Pengarah IPDAS, Timbalan Pengarah IPDAS dan tidak lupa juga kepada Puan Habibun Nisa dan Datin Dr Rafidah jemputan khas dari UITM Sepanggar.
Semoga peraturan ini mampu menjadi panduan untuk dipatuhi oleh Warga IPDAS.