Bengkel Pembangunan Kurikulum Program Sijil Asas Pengajian Islam Malaysia (SAPIM) telah diadakan pada 13-15 Januari 2021 secara dalam talian. Tujuan bengkel ini adalah untuk membuat semakan akhir terhadap kurikulum program SAPIM sebelum ditawarkan pada tahun ini di IPDAS Kampus Kudat. Bengkel ini di bawah bimbingan Prof. Madya Dr. Razaleigh Muhamat@Kawangit dari Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam UKM.