Skuad Prihatin IPDAS dengan kerjasama Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Cawangan Sabah telah menyantuni masyarakat sekitar Daerah Putatan dan mengagihkan keperluan asas bertempat di Masjid Putatan , Kota Kinabalu.
Seramai 100 keluarga yang menerima sumbangan ini. Turut hadir, tuan Ritchie Jay Cheng, Pengerusi MACMA Cawangan Sabah. Manakala IPDAS pula diwakili oleh Encik Mohd Azrulnizam Abdullah.
Semoga dengan sumbangan yang diberikan ini dapat meringankan beban kepada keluarga yang terlibat dalam tempoh Pandemik COVID -19.