WARGA IPDAS REBUT PELUANG HIDUPKAN 1/3 MALAM SECARA BERJEMAAH MELALUI IBADAH QIAMULLAIL DI BULAN RAMADAN
15 Mac 2025 (Sabtu)
Oleh: Seksyen Komunikasi Strategik
Keningau - Institut Pengajian Islam dan Dakwah (IPDAS) telah menganjurkan Program Qiamullail Perdana bertempat di Masjid Baiturrahman IPDAS, hari ini.
Program ini bertujuan untuk menghidupkan semangat beribadah di bulan Ramadan sekali gus mengimarahkan lagi masjid dan memperkukuh ukhuwah sesama warga IPDAS.
Seluruh warga IPDAS yang hadir turut berpeluang untuk bersahur secara berjemaah.