Sekalung Tahniah diucapkan kepada Ustaz Mohd Ikhwan bin Mohammad Saleh di atas pertukaran ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkuat kuasa pada 7 April 2025.
Seluruh warga IPDAS turut merakamkan jutaan terima kasih di atas bakti dan budi yang telah ditaburkan sepanjang berkhidmat di IPDAS. Sesungguhnya segala pengorbanan, ilmu yang telah dicurahkan, dan memori yang tercipta akan kami semat di dalam hati selamanya.
Tahniah dan Selamat Maju Jaya.
Ikhlas daripada Pengarah dan Seluruh Warga Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah