IPDAS MENYANTUNI GOLONGAN MUALAF, ASNAF DAN TENAGA KERJA IPDAS
27 Mac 2025 - Seksyen Pembangunan Sahsiah dan Pusat Islam, Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) telah mengadakan program khas untuk menyantuni golongan muallaf, asnaf, serta tenaga kerja IPDAS dengan kerjasama dan sumbangan daripada Unit Pusat Islam, Tenaga Nasional Berhad (TNB) . Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Puan Hajah Khatijah binti Abd Rahman, Pengarah IPDAS, yang turut merakamkan penghargaan kepada TNB atas kerjasama dalam menjayakan program ini.
Program ini bertujuan untuk memberikan sokongan moral dan material kepada golongan yang memerlukan terutamanya golongan muallaf dan asnaf, sambil memperkukuhkan ukhuwah dan silaturrahim bersama komuniti setempat.
Semoga program seperti ini dapat diteruskan disamping mengerat kerjasama antara IPDAS bersama pihak TNB dalam memastikan kesejahteraan ummah terjamin.