Keningau - Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) telah menganjurkan Program Road To Mumtaz di Dewan Tun Sakaran, hari ini.
Program ini bertujuan untuk memperkasa mahasiswa dan mahasiswi IPDAS dari sudut emosi, fizikal dan mental bagi menghadapi Peperiksaan Akhir Semester Sesi Jun-Oktober 2024.
Encik Amir Shah bin Noor Ahmad (Ketua Pejabat Wilayah Kota Kinabalu, Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah) hadir sebagai penceramah jemputan hari ini. Program ini melibatkan seluruh mahasiswa IPDAS dan turut dihadiri oleh pensyarah IPDAS.