SLOT MOTIVASI : PENGURUSAN STRES DI TEMPAT BELAJAR

18 September 2024

Kudat - Slot Motivasi : Pengurusan Stres di Tempat Belajar telah dilaksanakan di Dewan Utama IPDAS Kampus Kudat, bermula 2.30 petang tadi.

Slot yang diselaraskan oleh Seksyen Pendaftar, melalui Unit Komunikasi Korporat dan Jaminan Kualiti ini dianjurkan adalah bagi memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan pengurusan Stres di tempat belajar.

Sementara itu, Tuan Muhammad Jumrat bin Minsun, Pegawai Psikologi Kanan, Universiti Malaysia Sabah telah diundang untuk mengisi slot ini.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerja keras untuk menjayakan program ini.

Semoga bermanfaat jua hendaknya.

 


 20 September 2024  UKK IPDAS  0 hits