KURSUS PENGURUSAN PSIKOLOGI DAN APLIKASI DALAM PENDIDIKAN

18 September 2024

Kudat - Kursus Pengurusan Psikologi dan Aplikasi Dalam Pendidikan, telah dilaksanakan bermula pada 10.00 pagi tadi bertempat di Bilik Mesyuarat IPDAS Kampus Kudat.

Kursus yang melibatkan semua staf dan pensyarah ini diselaraskan oleh Seksyen Pendaftar, melalui Unit Komunikasi Korporat dan Jaminan Kualiti IPDAS Kampus Kudat.

Dua slot telah dihuraikan oleh penceramah jemputan, Tuan Muhammad Jumrat bin Minsun, Pegawai Psikologi Kanan, Universiti Malaysia Sabah. Slot tersebut merangkumi, "Pengenalan Psikologi" dan "Adaptasi Psikologi Dalam Pendidikan".

Tujuan utama pelaksanaan kursus ini adalah bagi mengukuhkan ilmu asas Psikologi dalam kalangan staf dan pensyarah IPDAS Kampus Kudat, agar dapat diaplikasi dalam aspek pendidikan.

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan terima kasih kepada Tuan Muhammad Jumrat bin Minsun, atas kesudian hadir memenuhi undangan.

Semoga tercapai matlamat program.


 20 September 2024  UKK IPDAS  0 hits