PUSAT TEMUDUGA PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU PROGRAM SIJIL PENGAJIAN ISLAM (SPI) IPDAS KEMASUKAN 2024/2026
Sukacita dimaklumkan bahawa IPDAS akan mengadakan temuduga bagi calon yang telah tersenarai dalam Calon Layak Temuduga bagi kemasukan ke Program Sijil Pengajian Islam sesi 2024/2026.
Butiran bagi temuduga tersebut adalah seperti berikut:
KENINGAU
Tempat: Perpustakaan IPDAS, Keningau
Urus setia: Puan Atikhah - 019-8087738
RANAU
Tempat: Bilik Mesyuarat JHEAINS Ranau
Urus setia: Encik Yazme - 011-70710117
KOTA KINABALU
Tempat: Bilik Mesyuarat JAKIM Caw. Sabah, Aras 6, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah.
Urus setia: Encik Tamrin -010-9613850
TAWAU
Tempat: Pejabat Perhubungan KAFA Tawau
Urus setia: Encik Mohamad- 012-8241176
KAWASAN SANDAKAN
Tempat: Bilik Mesyuarat JHEAINS Sandakan
Urus setia: Puan Rona-013-8683768
KAWASAN KUDAT
Tempat: Bilik Mesyuarat IPDAS, Kampus Kudat
Urus setia: Puan Masleha- 014-9604939
Sesiapa yang berminat untuk memasuki IPDAS juga boleh datang Walk In pada hari temuduga tersebut dijalankan.
*Sebarang pertanyaan kepada urusetia hanya dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang sahaja*
Calon dikehendaki membawa dokumen berikut ketika menghadiri temuduga.
Semasa hadir temu duga:
1. Calon dikehendaki untuk menduduki ujian bertulis dan menjalani sesi temu duga secara bersemuka.
2. Calon dikehendaki membawa bersama dokumen-dokumen ASAL dan SALINAN semasa temu duga serta DISUSUN mengikut turutan seperti berikut:
i. Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
ii. Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan Kerakyatan Malaysia seperti Sijil Kewarganegaraan Ibu/Bapa; (jika berkenaan)
iii. Sijil SPM / Sijil SPM(V) atau setaraf;
iv. Sijil yang membuktikan kelulusan
Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM;
(jika berkenaan);
v. Sijil-sijil lain yang berkaitan;
vi. Sijil kegiatan luar; (Dokumen Asal Sahaja)
3. Kegagalan menyediakan dokumen seperti di perkara 2 dan mengemukakan maklumat palsu boleh menjejaskan pertimbangan Institut untuk pengambilan.
4. Anda dikehendaki untuk berada di pusat temu duga 30 minit lebih awal daripada masa yang dijadualkan dan berpakaian sopan semasa menghadiri temu duga.
5. Gambar berukuran passport terkini (bagi calon Walk In); dan
6. Membawa alat tulis.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi:
Seksyen Kemasukan Rekod dan Alumni IPDAS
di talian: 011- 51657895 (Whatsapps)
Sekian, terima kasih.