Keningau - Seksyen Pembangunan Kemahiran Insaniah Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) IPDAS telah mengadakan Program Kemerdekaan Personaliti Madani pada 14 September 2024.
Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah Simulasi Barber Shop dan Simulasi Kemas Katil ala Hotel. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa IPDAS mengenai personaliti seorang Dai'e iaitu menarik, kemas, berperwatakan unggul berteraskan al-Quran dan as-sunnah.