Keningau -Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) melalui Seksyen Kemahiran dan Keusahawanan telah menganjurkan Program Latihan Keusahawanan Muslim (LAKUM) Siri 5 pada 12 dan 13 September bertempat di Dewan Tun Sakaran.
Program ini bertujuan untuk membekalkan mahasiswa dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi usahawan yang berdaya saing dan beretika, selaras dengan nilai-nilai Islam.
Encik Mawardi bin Abdul Ghani (Director/Photographer/Trainer) dan Encik Mohd Syalfie bin Stanle (Sifu Kalawon-Beta Farm) hadir sebagai penceramah jemputan bagi menyampaikan perkongsian mengenai seni fotografi dan dunia keusahawanan kepada para mahasiswa IPDAS.