Kudat - IPDAS Kampus Kudat telah berkolaborasi bersama Pusat Latihan Kenegaraan Kundasang, Akademi Kenegaraan Malaysia untuk menjayakan Seminar Kenegaraan : Malaysia Madani, pada pagi tadi bertempat di Dewan Utama IPDAS Kampus Kudat.
Inti kepada seminar ini adalah bagi meningkatkan semangat patriotik, membentuk pemikiran dan tingkahlaku sebagai warganegara Malaysia yang hebat, sesuai dengan nilai karamah insaniah.
Bagi mencapai hasrat tersebut, maka seminar ini telah diolah dengan pengisian bacaan ikrar, nyanyian lagu patriotik, interaktif kenegaraan dan ceramah bertajuk "membangun negara Madani" yang telah disampaikan oleh YBhg. Datin Shonitah Terang, Pengurus Pusat Latihan Kenegaraan Kundasang, Akademi Kenegaraan Malaysia.
Majlis perasmian penutupan telah dirasmikan oleh YBrs. Ustaz Darmansyah bin Mohd Said, Penolong Pengetua Seksyen Pembangunan Kecemerlangan Mahasiswa IPDAS Kampus Kudat, mewakili YBrs. Puan Pengetua.
Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada pihak PLKK AKM, atas kolaborasi dalam menjayakan program ini.
Semoga matlamat program ini akan tercapai sebagaimana yang telah ditetapkan.
ADMIN