LAWATAN SETIAUSAHA BAHAGIAN KEWANGAN JABATAN PERDANA MENTERI DAN BAHAGIAN KEWANGAN JAKIM KE IP

06 September 2024

Keningau - Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) telah menerima satu lawatan daripada Bahagian Kewangan, JAKIM bersama Kementerian Kewangan dan Bahagian Kewangan Perdana Menteri pada 4 hingga 5 September 2024 di IPDAS Kudat dan IPDAS Keningau.

Lawatan ini bertujuan bagi melihat dan menimbangkan keperluan peralatan atau aset yang diperlukan oleh pihak IPDAS.

Lawatan ini turut melihat secara keseluruhan prasarana IPDAS termasuklah asrama, dewan utama dan blok pentadbiran.

Delegasi JPM telah dihadiri oleh YBrs. Puan Inu Baizura binti Mohd Zain, Setiausaha Bahagian Kewangan di Jabatan Perdana Menteri dan Muhammad Ezwan bin Baharudin, Penolong Setiausaha. Manakala JAKIM telah dihadiri oleh YBrs. Mohammad Khalil bin Ibrahim, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Nor Ayuni Hamdi binti Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kewangan, Norhasni binti Sariff, Akauntan dan Nurul Hidayah binti Zawawi, Akauntan.

Diharapkan agar melalui lawatan ini, dapat membantu IPDAS membangunkan fasiliti yang lebih kondusif kepada kakitangan dan mahasiswa IPDAS.


 11 September 2024  UKK IPDAS  0 hits