KURSUS PEMBUATAN KEK, BUN DAN PASTRI SERTA KURSUS ASAS REFLEKSIOLOGI WANITA DI IPDAS KAMPUS KUDAT

05 September 2024

Kudat - Seksyen Akademik IPDAS Kampus Kudat melalui Unit Pengajian Sepanjang Hayat, telah berkolaborasi bersama Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Negeri Sabah untuk melaksanakan Kursus Pembuatan Kek, Bun dan Pastri serta Kursus Asas Refleksiologi Wanita selama lima hari bermula 2-6 September 2024 bertempat di IPDAS Kampus Kudat.

Seramai 20 orang pelajar Sijil Asas Pengajian Islam Malaysia (SAPIM) IPDAS Kampus Kudat menyertai setiap kursus tersebut dan akan menerima sijil penyertaan serta set peralatan asas.

Tujuan utama pelaksanaan kursus ini adalah bagi memberi pendedahan asas kemahiran kepada para pelajar khususnya yang terdiri dari kalangan mualaf, agar kemahiran ini akan dapat diadaptasi dalam kehidupan harian terutamanya untuk membina sumber ekonomi apabila tamat pengajian nanti.

Kursus ini juga adalah bagi mempelbagaikan penguasaan bidang ilmu di IPDAS Kampus Kudat, yang mana tidak tertumpu kepada pengajian Islam semata-mata bahkan turut disajikan ilmu kemahiran kepada pelajar sebagai kegunaan dalam masyarakat kelak.

Semoga matlamat kursus ini akan dapat dicapai dengan berkesan.

ADMIN


 11 September 2024  UKK IPDAS  0 hits