Kudat - Seksyen Pendaftar IPDAS Kampus Kudat melalui Unit Komunikasi Korporat dan Jaminan Kualiti telah menganjurkan Bengkel Semakan SKS dan SKT Tahun 2024 pada 29 Ogos 2024, bertempat di bilik mesyuarat IPDAS Kampus Kudat.
Bengkel ini dipengerusikan oleh YBrs. Puan Norhikmah binti Masir, Pengetua IPDAS Kampus Kudat dengan dihadiri oleh barisan Penolong Pengetua serta semua staf IPDAS Kampus Kudat.
Tujuan pelaksanaan bengkel ini adalah bagi membuat semakan program yang telah, sedang dan akan dilaksanakan di IPDAS Kampus Kudat selaras dengan perancangan yang telah ditetapkan dalam SKS dan SKT bagi tahun 2024.
Turut diberi perhatian dalam bengkel tersebut adalah penelitian berkaitan teras pelaksanaan yang menyokong kepada Visi dan Misi IPDAS sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi di bawah seliaan penuh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Sehubungan dengan itu, pihak urusetia merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini dari awal hingga selesai.
Semoga semua resolusi bengkel akan dapat dilaksanakan dengan berkesan.
ADMIN
#IPDASKampusKudat
#IPDASdihati