JABATAN SYARIAH IPDAS ANJUR DAURAH FIQH NISA

28 Ogos 2024

28 Ogos 2024 (Rabu) 

Keningau - Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) melalui Jabatan Syariah telah menganjurkan Daurah Fiqh Nisa pada 27 Ogos 2024 yang melibatkan 113 mahasiswi IPDAS Semester 3 dan 5.

Daurah ini bertujuan untuk membincangkan isu dan permasalahan wanita yang berkaitan dengan darah wanita (haid dan istihadhah).

Melalui kedua-dua slot, penceramah jemputan iaitu Ustazah Dg. Hafizah binti Ag. Basir (Ketua Program Syariah, UMS) dan Ustazah Nor Azian binti Sapiai (Guru SMKA Keningau) merungkai beberapa permasalahan haid dan istihadhah seperti kewajiban ibadah dalam tempoh al-Naqa', kiraan tempoh suci bagi wanita normal dan kategori wanita yang beristihadhah.
 

#IPDASdihati
#IndahnyaIPDAS
#OGOS
#DaurahFiqhNisa

Informasi terkini IPDAS kini berada di hujung jari anda. Jangan lupa LIKE, SHARE, FOLLOW dan SUBSCRIBE media sosial IPDAS. 

Facebook : @Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah - IPDAS
Youtube: IPDAS JAKIM TV
Instagram : @ipdas_jakim
Tiktok: @myipdas


 05 September 2024    0 hits