11 Ogos 2024 (Ahad)
Keningau - Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) telah menganjurkan Khidmat Komuniti Latihan Asas Imam (Kem Bestari Solat) kepada dua buah sekolah iaitu SK Kg. Keningau dan SJKC Yu Kong pada 10 Ogos 2024, sabtu yang lalu.
Seramai 54 orang fasilitator daripada mahasiswa Semester 3 IPDAS telah terlibat dalam menjayakan program ini. Program ini turut melibatkan 6 orang guru dari Kementerian Pendidikan Malaysia dan 5 Orang Pensyarah IPDAS. Pengisian yang disampaikan kepada pelajar Tahap 2 di SK Kg. Keningau diketuai oleh Ketua Panitia Pendidikan Islam iaitu Ustaz Shahmaizar bin Mad Manakala di SJKC Yu Kong pula diketuai oleh Ustaz Zulfadli bin Abin selaku Ketua Panitia Pendidikan Islam.
Antara topik perbicangan dalam Kem Bestari Solat ini ialah pengenalan kepada Wuduk, Azan, Perkara yang makruh dalam Solat, Bacaan Dalam Solat, Zikir Selepas Solat, Doa Selepas solat dan Tayamum. Slot kedua diteruskan dengan praktikal Wuduk, Tayamum dan Solat oleh setiap pelajar.
Majlis penutupan disempurnakan oleh Timbalan Pengarah IPDAS, YBrs Dr.Marina binti Kassim di SJKC Yu Kong. Ketua Penolong Pengarah Akademik, Ustaz Abdul Aziz bin Mokhtar turut hadir mewakili Puan Pengarah IPDAS di SK Kg. Keningau.
Program Khidmat Komuniti ini lebih menarik kerana ianya dinilai dari sudut pemarkahan oleh 6 orang guru dari Kementerian Pendidikan Malaysia dan 4 orang Pensyarah IPDAS. Keseluruhan markah yang diberikan diambil kira pada sudut penyampaian, kerjasama, kepimpinan, kebertanggungjawaban serta etika. Program ini merupakan kursus wajib yang perlu dilaksanakan oleh mahasiswa Semester 3 IPDAS, kerana ia merupakan syarat untuk bergraduasi kepada setiap pelajar.
#IPDASdihati
#IndahnyaIPDAS
#IPDASJAKIM
#KPM
Informasi terkini IPDAS kini berada di hujung jari anda. Jangan lupa LIKE, SHARE, FOLLOW dan SUBSCRIBE media sosial IPDAS.
Facebook : @Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah - IPDAS
Youtube: IPDAS JAKIM TV
Instagram : @ipdas_jakim
Tiktok: @myipdas