LAWATAN AUDIT PEMANTAUAN ISO 9001:2015 (QMS) & ISO21001:2018 (EOMS) TAHUN KEDUA IPDAS

06 Ogos 2024

Keningau: IPDAS telah mendapat pengiktirafan Educational Organizations Management System (EOMS 21001:2018) dan International Organization for Standardization (ISO 9001:2015) pada 21 September 2022.

Lawatan Audit Pemantauan daripada SIRIM QAS International pada 5 hingga 6 Ogos 2024 ini diketuai oleh Puan Maznah Mat Isa dan dibantu oleh Puan Nur Hana Roshida binti Hairudin.

Lawatan Audit Pemantauan pada kali ini bertujuan untuk memastikan IPDAS sentiasa patuh kepada standard ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) dan 21001:2018 Sistem Pengurusan Organisasi Pendidikan (EOMS).

Lawatan dimulakan dengan mesyuarat pembukaan bagi mendengar taklimat perjalanan audit oleh Ketua Auditor. Lawatan ini turut merangkumi keseluruhan aspek pengurusan IPDAS termasuklah pembekal luar.

#IPDASdihati
#IndahnyaIPDAS
#OGOS

Informasi terkini IPDAS kini berada di hujung jari anda. Jangan lupa LIKE, SHARE, FOLLOW dan SUBSCRIBE media sosial IPDAS. 

Facebook : @Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah - IPDAS
Youtube: IPDAS JAKIM TV
Instagram : @ipdas_jakim
Tiktok: @myipdas


 05 September 2024    0 hits