KURSUS PENULISAN DOKUMEN RASMI KERAJAAN
31 Julai 2024
Kota Kinabalu - Seksyen Pendaftar melalui Unit Pentadbiran IPDAS Kampus Kudat, telah berjaya melaksanakan Kursus Penulisan Dokumen Rasmi Kerajaan pada 28-31 Julai 2024, bertempat di Gaya Hotel Centre, Kota Kinabalu.
Tujuan kursus ini dianjurkan adalah untuk meningkatkan kemahiran penggunaan bahasa Melayu dalam penulisan serta mengenal pasti format yang berkualiti untuk digunakan.
Kursus kendalian YBrs. Dr. Mohd Haz Hairul bin Azman Rajadran, Munsyi Muda Bahasa Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia ini telah disertai oleh semua pensyarah IPDAS Kampus Kudat dan beberapa pegawai dari IPDAS Keningau.
Sementara itu, penangguhan kursus ini telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Hajah Khatijah binti Abd. Rahman, pengarah IPDAS, pada sekitar 3.00 petang tadi.
Bagi pihak penganjur, diucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada YBrs. Dr. Mohd Haz Hairul bin Amran Rajadran, Munsyi Muda Bahasa Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, atas jasa dan pengorbanan yang dicurahkan sepanjang tempoh kursus ini berlangsung.
Semoga matlamat program ini akan dapat dicapai dengan cemerlang.
ADMIN
#IPDASKampusKudat
#IPDASdihati