24 Julai 2024
Kudat - Seksyen Pembangunan Kecemerlangan Mahasiswa IPDAS Kampus Kudat sebagai urusetia Pilihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar IPDAS Kampus Kudat Sesi 2024-2025 telah melaksanakan majlis pengumuman keputusan sebentar tadi, bertempat di Dewan Utama.
YBrs. Ustaz Darmansyah bin Mohd Said telah mengumumkan keputusan rasmi Pilihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar IPDAS Kampus Kudat Sesi 2024-2025, yang mana Saudara Mohd. Juhaim M. Richard telah diberi mandat sebagai Presiden dan dibantu oleh Saudari Rinjie @ Hawa Jauji sebagai Timbalan Presiden serta beberapa Exco yang lain.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pimpinan pelajar yang diberi mandat, semoga mampu menggalas amanah dengan cermat.
Sebagai rekod, majlis penyerahan watikah perlantikan dijangka akan dilaksanakan pada 26 Julai 2024.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah barisan pensyarah dan staf IPDAS Kampus Kudat.
ADMIN
#IPDASKampusKudat
#IPDASdihati