22 Julai 2024 (Isnin)
Kuala Lumpur - Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah telah mengadakan satu kunjungan hormat kepada Hidayah Centre Foundation, jam 2.30 petang, bertempat di Pejabat Hidayah Centre Foundation.
YBrs. Puan Hajah Khatijah binti Abd. Rahman telah mengetuai delegasi dan disertai oleh Puan Norhikmah binti Masir, Pengetua IPDAS Kampus Kudat Ustaz Muhammad Ariffin bin Surdi Roslan Penolong Pengetua Seksyen Akademik dan Fateen Najiha binti Zainudin, Penolong Pengarah Seksyen Komunikasi Strategik.
Tujuan kunjung hormat ini diadakan adalah bagi menjalinkan kerjasama strategik khususnya bagi program Sijil Kemahiran Dakwah Malaysia.
Kunjung Hormat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Joannes Lukas, Ketua Pegawai Eksekutif, Puan Amirah Mansor, Ketua Jabatan Khidmat Pengurusan, Tuan Wan Muhammad bin Wan Ibrahim, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat dan Kelestarian, Tuan Noli bin Husain
Ketua Jabatan Operasi, Cik Nor Asiah Yacob,
Ketua Bahagian Pentadbiran & Sumber Manusia Cik Nur Aisyah Aimi binti Abd Rahman,
Ketua Bahagian Outreach dan Pembangunan Mualaf, Cik Nurul 'Ain, Pegawai Unit Sumber Manusia dan Mohd Zulazrie Dahim bin Dan
Ketua Operasi Wilayah Sabah
Turut dihadiri oleh Ustazah Norihan binti Zakaria, Penolong Pengarah Kanan, wakil daripada Bahagian Dasar Kemajuan Islam JAKIM.
Kunjung hormat ini diakhiri dengan pertukaran cenderahati antara dua agensi sebagai tanda penghargaan dan terima kasih.
#IPDASdihati
#IndahnyaIPDAS
#JULAI
Informasi terkini IPDAS kini berada di hujung jari anda. Jangan lupa LIKE, SHARE, FOLLOW dan SUBSCRIBE media sosial IPDAS.
Facebook : @Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah - IPDAS
Youtube: IPDAS JAKIM TV
Instagram : @ipdas_jakim
Tiktok: @myipdas