22 Julai 2024 (Isnin)
Putrajaya - Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah telah mengadakan satu kunjungan hormat kepada Yayasan Dakwah Islam Malaysia, jam 9.00 pagi, bertempat di Pejabat YADIM, Putrajaya.
YBrs. Puan Hajah Khatijah binti Abd. Rahman telah mengetuai delegasi dan disertai oleh Puan Norhikmah binti Masir, Pengetua IPDAS Kampus Kudat Ustaz Muhammad Ariffin bin Surdi Roslan Penolong Pengetua Seksyen Akademik dan Fateen Najiha binti Zainudin, Penolong Pengarah Seksyen Komunikasi Strategik.
Tujuan kunjung hormat ini diadakan adalah bagi menjalinkan kerjasama strategik khususnya bagi program Sijil Kemahiran Dakwah Malaysia.
Kunjung Hormat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Hasanuddin bin Mohd Yunus, Yang di-Pertua YADIM serta turut dihadiri oleh Ustaz Abdul Hafiz Mat Tuah, Pegawai Khas dan Encik Zam Zarizal Mad Arifin , Unit Perhubungan Awam.
YADIM Sabah telah diwakili oleh Puan Kurniahwati binti Zulfatmi, Penyelaras YADIM Sabah, Ustazah Salina binti Salleh, Ketua Penolong Pengarah dan Ustazah Norihan binti Zakaria, Penolong Pengarah Kanan, wakil daripada Bahagian Dasar Kemajuan Islam JAKIM.
Kunjung hormat ini diakhiri dengan pertukaran cenderahati antara dua agensi sebagai tanda penghargaan dan terima kasih.
#IPDASdihati
#IndahnyaIPDAS
#JULAI
Informasi terkini IPDAS kini berada di hujung jari anda. Jangan lupa LIKE, SHARE, FOLLOW dan SUBSCRIBE media sosial IPDAS.
Facebook : @Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah - IPDAS
Youtube: IPDAS JAKIM TV
Instagram : @ipdas_jakim
Tiktok: @myipdas