KEMPEN DERMA DARAH DI IPDAS KAMPUS KUDAT SIRI 1 TAHUN 2024.
4 Julai 2024, Kudat - Pihak Tabung Darah Hospital Daerah Kudat telah bekerjasama dengan IPDAS Kampus Kudat dalam melaksanakan Kempen Derma Darah Siri 1 Tahun 2024, di Dewan Utama IPDAS Kampus Kudat bermula pada 2.00 petang tadi.
Pihak Hospital memulakan program dengan taklimat kesihatan, khususnya berkenaan kelebihan bagi penderma darah kepada para pelajar Sijil Asas Pengajian Islam Malaysia (SAPIM) IPDAS Kampus Kudat.
Seterusnya membuat saringan kelayakan penderma sebelum sesi pendermaan berlangsung.
Sebagai rekod, kempen ini telah berjaya mengumpul 38 pek darah dari individu penderma yang melepasi syarat kelayakan.
Sehubungan dengan itu, pihak IPDAS Kampus Kudat ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada pihak Hospital Daerah Kudat atas kolaborasi ini.
Semoga program ini akan menyumbang manfaat kepada yang memerlukan dan dapat diteruskan pada masa akan datang.
ADMIN