MAJLIS PENUTUPAN KONVENSYEN INOVASI PENDIDIKAN TINGGI ISLAM SABAH (KIPTIS) TAHUN 2024
02 Julai 2024 (Selasa)
Oleh : Seksyen Komunikasi Strategik
Kota Kinabalu - Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) telah mengadakan Majlis Penutupan Konvensyen Inovasi Pendidikan Tinggi Islam Sabah (KIPTIS) hari ini, di Hotel Hilton sejurus sesi pembentangan selesai.
Perasmi KIPTIS, YB Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. Arif (JP), Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah menyifatkan program ini sebagai satu program yang mampu merealisasikan konsep Malaysia MADANI melalui pengukuhan keperluan pendidikan yang tidak hanya menumpukan pada perkembangan pendidikan semata-mata, bahkan mengambil kira kewujudan perkembangan positif teknologi semasa.
Beliau turut menegaskan inovasi dalam pendidikan Islam seperti penggunaan 'AI' mampu membantu lapangan pendidikan untuk menggapai kemajuan yang jauh lebih baik namun perlulah disesuaikan agar nilai manusiawi yang merupakan instrumen penting dalan pembinaan kelompok masyarakat yang sihat tidak hilang.
Pengarah IPDAS, Ustazah Hajah Khatijah binti Abd Rahman menerusi ucapan aluannya turut mengambil peluang untuk merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan konvensyen ini.
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai.
#2024
Informasi terkini IPDAS kini berada di hujung jari anda. Jangan lupa LIKE, SHARE, FOLLOW dan SUBSCRIBE media sosial IPDAS.
Facebook : @Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah - IPDAS
Youtube: IPDAS JAKIM TV
Instagram : @ipdas_jakim
Tiktok: @myipdas