KONVENSYEN INOVASI PENDIDIKAN TINGGI ISLAM SABAH (KIPTIS) TAHUN 2024

03 Julai 2024

KONVENSYEN INOVASI PENDIDIKAN TINGGI ISLAM SABAH (KIPTIS) TAHUN 2024

02 Julai 2024 (Selasa)

Oleh : Seksyen Komunikasi Strategik

Kota Kinabalu - Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) telah menganjurkan Konvensyen Inovasi Pendidikan Tinggi Islam Sabah (KIPTIS) Tahun 2024 bertempat di Hotel Hilton, Kota Kinabalu, hari ini.

Konvensyen ini bertujuan untuk mengangkat idea-idea serta pendekatan inovatif dalam merangsang Pendidikan Tinggi Islam khususnya di Sabah.

Sesi KIPTIS dimulakan dengan penyampaian Ucaptama daripada YBhg. Dato' Haji Zamani Ahmad bin Mansor, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JAKIM. Dua orang panel jemputan iaitu YBhg. Datuk Prof. ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Profesor (VK5) Universiti Putra Malaysia dan YBrs. Puan Viviantie Sarjuni, Ketua Pengarah Eksekutif Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC) masing-masing menyampaikan pembentangan bertajuk "Strategi Penggunaan Teknologi Kecerdasan Buatan AI dalam Pendidikan Tinggi Islam : Satu Penilaian" dan "Aplikasi Penggunaan Kecerdasan Buatan AI dalam Meningkatkan Budaya Pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi".

Para pembentang menyimpulkan bahawa institut pendidikan Islam perlu memanfaatkan potensi penuh 'AI' secara beretika selari dengan prinsip Islam untuk melahirkan profesional dan sarjana Muslim yang pakar dalam teknologi.

Turut hadir ahli-ahli Lembaga IPDAS, ahli-ahli Jawatankuasa Pelaksana Akademik IPDAS, Pengarah-Pengarah Jabatan serta wakil peserta daripada pelbagai agensi.

#IPDASdihati

#IndahnyaIPDAS

#KIPTIS

#2024

Informasi terkini IPDAS kini berada di hujung jari anda. Jangan lupa LIKE, SHARE, FOLLOW dan SUBSCRIBE media sosial IPDAS.

Facebook : @Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah - IPDAS

Youtube: IPDAS JAKIM TV

Instagram : @ipdas_jakim

Tiktok: @myipdas


 04 July 2024  UKK IPDAS  5 hits