IPDAS ANJUR KEMPEN DERMA DARAH

29 Jun 2024

IPDAS ANJUR KEMPEN DERMA DARAH

29 Jun 2024 (Sabtu)

Oleh : Seksyen Komunikasi Strategik

Keningau - Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) melalui Seksyen Kebajikan dan Kolej Kediaman Cawangan Pembangunan Kecemerlangan Mahasiswa telah mengadakan Kempen Derma Darah di perpustakaan IPDAS, hari ini.

Kempen ini bertujuan untuk memberi kesedaran akan kepentingan tanggungjawab sebagai penderma dan menggalakkan para mahasiswa serta pensyarah IPDAS untuk menderma darah.

IPDAS yang telah menerima anugerah daripada Unit Transfusi, Hospital Keningau sebagai Penganjur Penderma Darah Paling Aktif Sepanjang Tahun 2023 berharap aktiviti menderma darah ini dapat memupuk nilai murni dalam diri dan boleh dijadikan sebagai tanggungjawab sosial.

#IPDASdihati

#IndahnyaIPDAS

#JUN

#2024

Informasi terkini IPDAS kini berada di hujung jari anda. Jangan lupa LIKE, SHARE, FOLLOW dan SUBSCRIBE media sosial IPDAS.

Facebook : @Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah - IPDAS

Youtube: IPDAS JAKIM TV

Instagram : @ipdas_jakim

Tiktok: @myipdas


 04 July 2024  UKK IPDAS  4 hits