LAWATAN SAMBIL BELAJAR KELAB PENGUCAPAN AWAM KE JABATAN PENYIARAN KENINGAU
02 Februari 2024 (Jumaat)
Oleh: Seksyen Komunikasi Strategik
Keningau - Kelab Pengucapan Awam Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Jabatan Penyiaran Keningau.
Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ahli kelab tentang salah satu bentuk pengucapan awam. Selain itu, program ini turut dilaksanakan untuk mengasah bakat ahli kelab dalam dunia penyiaran sekali gus membina keyakinan bercakap di khalayak awam.
Seramai 15 orang ahli kelab telah menyertai lawatan ini diiringi oleh seorang guru pembimbing, Puan Dygku Ezharrinna binti Awgku Matarsat, Pensyarah IPDAS.
#2024
Informasi terkini IPDAS kini berada di hujung jari anda. Jangan lupa LIKE, SHARE, FOLLOW dan SUBSCRIBE media sosial IPDAS.
Facebook : @Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah - IPDAS
Youtube: IPDAS JAKIM TV
Instagram : @ipdas_jakim
Tiktok: @myipdas