MAHASISWA IPDAS PERKASA KEMAHIRAN BAHASA ARAB MELALUI REHLAH AKADEMIA SIRI 1
04 Februari 2024 (Ahad)
Oleh: Seksyen Komunikasi Strategik
Papar - Jabatan Bahasa Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah telah menganjurkan Rehlah Akademia Siri 1 pada 02-04 Februari 2024 di Masindung Resort, Papar.
Rehlah Akademia yang melibatkan seramai 116 orang peserta daripada pelajar Diploma Dakwah Islamiah Semester 2 ini bertujuan memberi pendedahan efektif kepada mahasiswa IPDAS untuk mendalami ilmu Bahasa Arab sekali gus memperkasa penguasaan kemahiran dalam bahasa ini. Melalui program ini, para mahasiswa turut berpeluang untuk menjalankan aktiviti pembelajaran dalam suasana yang kondusif.
Para mahasiswa telah dibimbing oleh Dr. Ibrahim Abdalla Sayed Mohamed, Puan Noorlina binti Saidi, Puan Sitti Aisha binti Monib, Puan Siti Farhanah binti Ali Rahman dan Cik Nurfitrih binti Md. Lait selaku fasilitator sepanjang program berlangsung.
Program ini disempurnakan oleh Puan Sitti Aisha binti Monib, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kecemerlangan Mahasiswa IPDAS. Turut hadir Ketua Jabatan Bahasa, Cik Nasliah binti Abdul Nasir.
Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua fasilitator, urus setia dan mahasiswa yang terlibat dalam menjayakan program 3 hari 2 malam ini.
Informasi terkini IPDAS kini berada di hujung jari anda. Jangan lupa LIKE, SHARE, FOLLOW dan SUBSCRIBE media sosial IPDAS.
Facebook : @Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah - IPDAS
Youtube: IPDAS JAKIM TV
Instagram : @ipdas_jakim
Tiktok: @myipdas