IPDAS MENUJU KE ARAH PENDIDIK YANG BERINOVASI

08 Jun 2023

8 Jun 2023

Oleh: Seksyen Komunikasi Strategik

Keningau - Bagi melahirkan sebuah institusi pendidikan yang cemerlang, IPDAS pada kali ini telah mengadakan satu Bengkel Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Era Revolusi 4.0 bertempat di hotel Queen pada 6 hingga 7 Jun 2023. 

Prof. Madya Dr. Azeze@azizi bin Haji Abdul Adis, Timbalan Dekan, Pusat Pengajian Pascasiswazah Universiti Malaysia Sabah (UMS) hadir sebagai Penceramah bagi bengkel ini. 

Pelbagai pengisian yang telah dikongsikan semasa bengkel berlangsung seperti Inovasi dan Kreativiti dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP), Ciri-ciri Pendidik Kreatif, Pengisian Inovasi PdP, Strategi Pengajaran dan Teknologi dalam PdP.

Selain memberi ilmu berkaitan inovasi, bengkel ini juga membantu para pensyarah IPDAS membina kreativiti dalam membantu menjadikan proses Pengajaran dan Pembelajaran lebih menarik, holistik dan sistematik.

Bengkel turut disempurnakan oleh Timbalan Pengarah IPDAS, Dr. Baharudin bin Othman untuk merasmikan majlis penutupan pada hari tersebut. 

#IPDASdihati 
#IndahnyaIPDAS
#MALAYSIAMADANI
#SEJIWA

Informasi terkini IPDAS kini berada di hujung jari anda. Jangan lupa LIKE, SHARE, FOLLOW dan SUBSCRIBE media sosial IPDAS
Facebook: @Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah - IPDAS
Instagram: @ipdas_jakim
Youtube: IPDAS JAKIM TV
Tiktok: @myipdas


 09 June 2023  ipdas admin  93 hits