IPDAS KEARAH PENSIJILAN ISO 9001:2015 & ISO 21001:2108

01 April 2022

IPDAS KEARAH PENSIJILAN ISO 9001:2015 & ISO 21001:2108

IPDAS telah melaksanakan sesi pengauditan oleh SIRIM berdasarkan sistem pengurusan bersepadu ISO 9001:2015 & ISO 21001:2108. Sesi ini berlangsung selama 3 Hari bermula pada 30 Mac 2022-1 April 2022.

Pelaksanaan Audit Peringkat 1 ini meliputi semakan Dokumen dan Lawatan Tapak sekitar IPDAS. Proses ini dijalankan di dua lokasi iaitu bertempat di Hotel Raia, Kota Kinabalu dan Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah.

Proses audit Peringkat 1 ini melibatkan seramai 14 orang yang terdiri daripada staf IPDAS Kampus Keningau.

Dapatan yang ditemui semasa pelaksanaan proses audit dijalankan, dapatlah memberi perangsang kepada warga IPDAS untuk menambahbaik teguran sebagai persediaan Audit Peringkat 2 pada bulan Julai nanti.

Semoga dengan kehadiran Juru Audit dari SIRIM ini, memberi gambaran kepada warga IPDAS dalam proses kerja yang teratur dan integriti berorientasikan klausa dan justifikasi yang kukuh untuk kecemerlangan IPDAS sebagai Pemberi Pendidikan Tinggi di bawah JAKIM khususnya

Semoga IPDAS berjaya memperoleh pensijilan Sistem Pengurusan Bersepadu ISO 9001: 2015 & ISO 21001 :2018.

Amin Ya Rabbil Alamin..


 23 April 2022  ipdas admin 2  19 hits