BENGKEL PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN IPDAS

22 September 2021

KENINGAU - Pada 20 dan 21 September 2021, IPDAS telah mengadakan Bengkel Penggubalan Falsafah Pendidikan IPDAS bersama Kolej Universiti Pergurusan Ugama (KUPU) Seri Begawan, Brunei. Bengkel ini dilaksanakan selama dua hari bagi mencapai matlamat untuk bengkel dalam penghasilan Falsafah Pendidikan IPDAS yang selari dengan Falsafah Pendidikan Islam. Ini juga merupakan satu langkah yang diambil oleh IPDAS untuk menjadi sebuah Pusat Pengajian Tinggi (PPT) di bawah JAKIM di masa hadapan.

Bengkel ini telah dipengerusikan oleh Pengarah IPDAS, Ustaz Mohamad Zamri bin Mohamed Shapik. Peserta bengkel yang turut hadir antaranya Timbalan Pengarah IPDAS, Dr Baharudin Bin Othman, semua Ketua Penolong Pengarah, Ketua - Ketua Jabatan dan urusetia yang terlibat. Panel Penggubal yang membantu membimbing penghasilan Penyataan Falsafah Pendidikan IPDAS ialah Prof. Madya Dr. Muhamad Zahiri Awang Mat, Prof. Madya Fakulti Pendidikan.

Semoga penyataan Falsafah yang terbina ini dipermudahkan urusan untuk mendapat kelulusan dari Ahli Jawatankuasa Penasihat Akademik (JKPA) IPDAS dan pihak Lembaga IPDAS agar dapat digunapakai dan dimanfaatkan oleh IPDAS di masa hadapan sebagai sebuah Pusat Pengajian Tinggi (PPT) di bawah JAKIM. Amin


 24 September 2021  ipdas admin 2  27 hits