KENINGAU - 8 September 2021 Majlis Penutupan Bengkel Outcome Based Education (CLO & PLO) telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah IPDAS Dr. Baharudin Bin Othman. Selama dua hari dari 7-8 September bengkel telah dijalankan bertujuan untuk memberikan pendedahan ilmu yang bermanfaat sebagai panduan kepada pegawai dan pensyarah IPDAS dalam pembentukan kurikulum baru yang bakal dibangunkan di IPDAS mengikut standard yang telah ditetapkan oleh pihak MQA , iaitu Kurikulum Dakwah Digital dan Dakwah Kreatif.
Semoga ilmu dan manfaat yang diperoleh dapat digunakan dan diaplikasikan di masa akan datang. InsyaAllah.