KUNJUNG HORMAT PENGARAH IPDAS KEPADA NAIB CANSELOR UMS (MAYA)

05 Ogos 2021

04 Ogos 2021 (Rabu) - Alhamdulillah, telah selesai sesi kunjungan YBrs. Ustaz Mohamad Zamri bin Mohamed Shapik, Pengarah IPDAS kepada Yang Berbahagia Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Tujuan utama kunjungan hormat ini adalah untuk mempereratkan lagi kerjasama yang sedia terjalin di antara IPDAS dan pihak UMS.

Antara kerjasama yang telah dibincangkan seperti peluang graduan IPDAS melanjutkan pengajian di UMS dan peluang kerjasama program dalam meningkatkan penghayatan agama Islam di Sabah.

Melalui kunjungan tersebut juga, IPDAS melihat kejituan kombinasi kerjasama antara kedua-dua institusi pengajian tinggi ini berpotensi melahirkan lebih banyak lagi graduan yg celik dakwah sesuai dengan sosiologi dan antropologi dipelbagai tempat dan lapisan masyarakat.

Terima kasih kepada YBhg Datuk, Prof, Dr. dan semua yang terlibat secara langsung dalam sesi Kunjungan Hormat pada hari ini


 05 August 2021  ipdas admin 2  20 hits