Program Pengukuhan Integriti Penjawat Awam IPDAS anjuran IPDAS Kampus Kudat

28 Julai 2021

Program Pengukuhan Integriti Penjawat Awam Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) telah berjaya diadakan pada hari ini secara dalam talian.

Program ini menampilkan dua orang Penceramah Jemputan iaitu :

1) Puan Suzanna binti Piny,

- Penolong Pengarah Kanan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Sabah.

- Tajuk Ceramah : Tangani Stres Di Tempat Kerja.

2) Puan Siti Nerwana binti Arjana,

- Pegawai Tadbir Unit Integriti Negeri Sabah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.

- Tajuk Ceramah : Budaya Integriti Penjawat Awam.

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Mohamad Zamri bin Mohamed Shapik, Pengarah Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS).

Semoga perkongsian yang telah disampaikan dapat membentuk budaya kecemerlangan di dalam organisasi.

IPDAS KAMPUS KUDAT

28 JULAI 2021 (RABU)


 28 July 2021  ipdas admin 2  20 hits