TAHNIAH! WEBINAR SIMPOSIUM DUNIA DAKWAH DIGITAL BERJAYA DILAKSANAKAN

04 Julai 2021

TAHNIAH! WEBINAR SIMPOSIUM DUNIA DAKWAH DIGITAL BERJAYA DILAKSANAKAN

Dakwah dalam era digital ketika ini berhadapan dengan cabaran besar. Menyebarkan dakwah melalui teknologi digital menjadi wasilah yang utama dan tepat.

Alhamdulillah, Pihak IPDAS dengan kerjasama beberapa agensi telah menjayakan Webinar Simposium Dunia Dakwah Digital 2021 secara maya dengan menggunakan platform Zoom meeting.

Terlebih dahulu IPDAS ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas kesudian YBhg. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk merasmikan Webinar ini.

Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada YBhg. Datuk Aziz Bin Jusoh, Ketua Pengarah JAKIM turut hadir memberikan kata-kata aluan dan menyokong penuh Program Simposium Dunia Dakwah Digital ini.

Selain dari itu, tahniah dan syabas diucapkan kepada panelis pembentangan antaranya YBhg. Prof. Dato’ Dr. Zulkiple bin Abd Ghani (USIM), YBrs. Encik Fariz Azmir bin Mohd Ghazali (Fakulti Animasi & Multimedia ASWARA), YBhg. Datuk Prof. Madya Dr. Hj. Abdul Kadir bin Hj. Rosline - Rektor (UITM) Cawangan Sabah dan YBrs. Puan Aritika Matbee ,Ketua Penolong Pengarah (Rancangan Radio) RTM Sabah.

Tidak lupa juga terima kasih kepada YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malasia (JAKIM) kerana telah menyempurnakan Majlis penutupan Webinar Simposium ini.

Dan terima kasih juga diucapkan buat semua urusetia yang terlibat dalam menjayakan simposium ini.

webinar sebegini amat wajar dilaksanakan bagi menyokong hasrat kerajaan dalam memperkukuhkan industri kandungan digital di Malaysia dalam konteks khususnya di IPDAS.


 05 July 2021  ipdas admin  20 hits