AMANAT PENGARAH IPDAS

12 Januari 2021

Cawangan Pendaftar IPDAS dengan kerjasama Cawangan Pentadbiran dan kewangan telah mengadakan majlis ramah mesra Pengurusan Tertinggi IPDAS bersama kakitangan Keselamatan, Pembersihan dan Dewan Makan.

Pertemuan di mulai dengan ucapan amanat oleh Tuan Pengarah IPDAS, Mohamad zamri bin Mohamed shapik. Dalam ucapannya, beliau menyentuh mengenai pentingnya kerjasama yang padu di kalangan semua kakitangan dalam memajukan IPDAS, beliau juga menekankan konsep amal jamaie dan keseronokan dalam bekerja.

Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa semua pihak mempunyai peranan dan sumbangan yang tersendiri dalam mencapai visi misi IPDAS untuk melahirkan para pendakwah di Bumi Sabah ini.

Majlis di akhiri dengan Penyampaian sumbangan bakul makanan dari pihak Jakel Sabah kepada semua kakitangan sokongan IPDAS.

Semoga dengan pertemuan ini dapat meningkatkan momentum motivasi bekerja kepada seluruh kakitangan sokongan IPDAS dan menjadikan tahun ini lebih baik dari sebelumnya.


 25 January 2021  ipdas admin  20 hits