KULIAH LIMA MINIT (KULIM) SEMESTER 6 DIPLOMA DAKWAH ISLAMIYYAH

26 Oktober 2020

Sebuah program KULIM akan diadakan untuk pelajar semester 6 DDI sebagai salah satu penilaian bagi program Amali Dakwah.

Setiap pelajar akan menyampaikan kuliah selama 5 minit berkisar tajuk-tajuk dakwah yang bersesuaian secara live di page IPDAS seperti ketetapan yang tertera di dalam poster.

Dalam keadaan yang kurang stabil disebabkan oleh wabak Covid-19, IPDAS sedaya upaya cuba untuk mengambil inisiatif agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat diteruskan jua dengan menggunakan medium media yang ada selaras dengan kehendak Revolusi Perindustrian 4.0

Semoga IPDAS dan para penuntutnya diberikan kesabaran serta kekuatan untuk mengadaptasi norma baharu di samping berjuang memutuskan rantaian wabak Covid-19 di negari ini.


 27 October 2020  ipdas admin  19 hits