KUDAT, 29 November 2025 (Sabtu) – Program Smart Solat dan Klinik Al-Quran sempena Program Serantau Khidmat dan Kasih Darul Quran - IPDAS Kampus Kudat (IKK) berjaya dianjurkan di Dewan Utama dan Surau Al-Hidayah IKK, bermula jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Program yang berlangsung pada pagi tadi melibatkan penyertaan para pelajar Syukbah Hadis Darul Quran serta pelajar IKK. Acara dimulakan dengan slot Smart Solat yang memberi fokus kepada pengukuhan kefahaman peserta mengenai tatacara solat yang sempurna dan berlandaskan sunnah.
Seterusnya, sesi Klinik Al-Quran dijalankan bagi membantu peserta meningkatkan bacaan dan tajwid melalui bimbingan secara terus daripada pelajar-pelajar Darul Quran.
Penganjuran program ini diharap dapat memperkukuh penguasaan ilmu fardu ain dalam kalangan pelajar serta memupuk kecintaan mereka terhadap al-Quran dan amalan solat sepanjang hayat.