KUDAT, 29 November 2025 (Sabtu) – Program Khidmat Bakti Kelas KAFA & Tabika KEMAS yang bermula pada jam 2.30 petang hari ini melibatkan penyertaan pelajar Darul Quran dalam usaha menceriakan kedua-dua ruang pembelajaran tersebut.
Aktiviti tertumpu kepada keceriaan kelas KAFA serta Tabika KEMAS bagi mewujudkan suasana yang lebih kondusif dan ceria untuk para pelajar. Program ini turut mencerminkan komitmen pelajar terhadap khidmat komuniti setempat