IPDAS TINGKATKAN KUALITI PENSYARAH MELALUI KURSUS PENSYARAH MUDA DENGAN KECERDASAN BUATAN (AI)

05 Julai 2025

Keningau- Bermula 5 Julai 2025 sehingga 14 September 2025, seramai 20 orang Pensyarah IPDAS menyertai Kursus Pensyarah Muda Dengan Kecerdasan Buatan (AI), dengan kerjasama IPDAS dan Innovative University College (IUC) yang berlangsung secara atas talian pada setiap hujung minggu.

Peruntukan sebanyak RM 50,000.00 daripada Jabatan Perdana Menteri adalah satu langkah dan usaha daripada YBhg.Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Ketua Pengarah JAKIM dan semua Pengurusan Tertinggi JAKIM bagi meningkatkan kemahiran pegawai seiring dengan perkembangan teknologi terkini.

Moga usaha ini dapat memberi manfaat dan berjaya mengangkat Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) JAKIM sebaris dgn Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang lain dalam teknologi AI dan terus melangkah ke hadapan.


 21 August 2025  UKK IPDAS  0 hits