Keningau - Satu Program Derma Darah anjuran Seksyen Kebajikan dan Kolej Kediaman dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Keningau di Perpustakaan IPDAS telah berlangsung dengan jayanya, hari ini.
Program ini bertujuan untuk mendapatkan bekalan darah bagi keperluan pesakit yang memerlukan sekali gus memupuk budaya kesukarelawanan, tanggungjawab sosial, dan empati dalam kalangan warga IPDAS.
Melalui program ini, seramai 51 orang telah hadir dan 28 pek darah berjaya dikumpulkan.