Kuala Lumpur - Satu hebahan dan promosi Majlis Istiadat Konvokesyen Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) ke-19 di siaran Selamat Pagi Malaysia, RTM telah berlangsung pada hari ini.
YBrs. Ustaz Ahmad Azharuddin bin Abdul Sattar, Penolong Pengarah Seksyen Kewangan dan Pembangunan IPDAS, hadir bagi menyampaikan hebahan ini.
Majlis Istiadat Konvokesyen IPDAS ke-19 akan diadakan pada 11 Ogos 2025 di Sabah International Convention Centre (SICC). Majlis ini bakal disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa bin Haji Aman (Yang di-Pertua Negeri Sabah).