???????????????????????????? ???????????????????? ???????????????????????? ?????????????????????????

21 Julai 2025

Sukacita dimaklumkan bahawa Cawangan Pembangunan Kecemerlangan Mahasiswa (CPKM) melalui Seksyen Pembangunan Sahsiah dan Pusat Islam, dengan kerjasama Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) IPDAS, akan menganjurkan Bulan Manhaj Tarbiah IPDAS 2025 sepanjang dua minggu pelaksanaan, bermula pada 21 Julai hingga 02 Ogos 2025.

Penganjuran ini bertujuan memperkukuh kefahaman terhadap manhaj tarbiah Islamiah dalam kalangan warga institusi, melalui pengisian berbentuk kerohanian, ilmu, dan pembentukan sahsiah.

Antara pengisian utama yang dijadualkan sepanjang program ini:

 Dapur Asyura & Bicara Tarbiah

 Pertandingan Pantomim

 Kursus I'laj Syar'ie

 Podcast: “Tarbiah Talk Episod Khas”

Pertandingan Nasyid & Sajak

 Forum Bicara Tarbiah

 Qiyamulail Perdana IPDAS

 Majlis Penutupan Bulan Manhaj Tarbiah


 21 August 2025  UKK IPDAS  0 hits