HEBAHAN MAJLIS ISTIADAT KONVOKESYEN IPDAS KE-19 DI SABAH FM
24 Julai 2025 (Khamis)
Oleh: Seksyen Komunikasi Strategik
Kota Kinabalu - Satu hebahan dan promosi Majlis Istiadat Konvokesyen Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) ke-19 di siaran radio SABAH FM telah berlangsung pada hari ini.
YBrs. Ustazah Sitti Aisha binti Monib, Pendaftar IPDAS hadir bagi menyampaikan hebahan ini.
Majlis Istiadat Konvokesyen IPDAS ke-19 akan diadakan pada 11 Ogos 2025 di Sabah International Convention Centre (SICC). Majlis ini bakal disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa bin Haji Aman (Yang di-Pertua Negeri Sabah).