PROGRAM MAHRAJAN ISLAMI SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1447H PERINGKAT DAERAH KECIL MATUNGGONG, KUDAT

27 Julai 2025

IPDAS Kampus Kudat telah mengambil bahagian dalam Program Mahrajan Islami Sempena Sambutan Maal Hijrah 1447H yang berlangsung di Dewan Perdana SMK Matunggong, Kudat.

Tiga kumpulan telah dihantar bagi menyertai pertandingan seperti berikut:

Kumpulan Nasyid Ar-Rokho' (Muslimat)

Kumpulan Nasyid Al-Azzar Muslimin (Muslimin)

Kumpulan Kompang Halal Bros (Muslimin)

Alhamdulillah, ketiga-tiga kumpulan telah berjaya meraih pencapaian membanggakan:

Kumpulan Nasyid Ar-Rokho' – Johan Kategori Perempuan

Kumpulan Nasyid Al-Azzar Muslimin – Johan Kategori Lelaki Kumpulan Kompang Halal Bros – Naib Johan

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta. Semoga keterlibatan IPDAS dalam program seumpama ini terus menyemarakkan semangat dakwah, ukhuwah, dan kecintaan terhadap Islam.


 21 August 2025  UKK IPDAS  0 hits