Kota Kinabalu - Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) telah menganjurkan Bengkel Moderasi Soalan Peperiksaan Akhir Sesi Jun-Oktober bagi IPDAS Kampus Kudat pada hari ini.
Bengkel ini bertujuan untuk membantu pensyarah dalam merancang penilaian secara sistematik, memastikan setiap soalan yang dibina selaras dengan objektif pembelajaran yang ditetapkan dan menentukan aras kesukaran serta taburan soalan yang seimbang.
YBrs. Profesor Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat, hadir sebagai penceramah bengkel yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pusat Islam, Universiti Malaysia Sabah.